Selangan generasi dalam tumbuhan Selangan_generasi

Unsur-unsur fundamental

Gametofit paku pakis spesies Onoclea sensibilis (talus yang rata di bahagian bawah gambar) dengan sporofit yang berketurunan mula membesar daripadanya (pelepah kecil di bahagian atas gambar).

Rajah di atas menunjukkan unsur-unsur asas pertukaran generasi dalam tumbuh-tumbuhan. Banyak variasi yang terdapat dalam kumpulan yang berbeza tumbuhan akan diterangkan kemudian dengan menggunakan konsep-konsep yang terdapat dalam artikel ini. Bermula dari kanan gambar rajah, proses yang terlibat adalah seperti berikut: [13]

  • Dua gamet haploid bersel tunggal, setiap satunya terdiri dariada n kromosom yang tidak berpasangan, terlakur untuk membentuk zigot diploid bersel tunggal, yang kini mengandungi n pasang kromosom, yakni 2n kromosom secara keseluruhannya.
  • Zigot diploid tunggal bercambah, terbahagi melalui proses normal (mitosis), yang mengekalkan bilangan kromosom pada 2n. Hasilnya, organisma diploid multisel, yang dipanggil sporofit terbentuk (kerana pada peringkat kematangan ia menghasilkan spora).
  • Apabila ia mencapai tempoh kematangan, sporofit itu akan menghasilkan satu atau lebih sporangia (kata tunggal: sporangium), iaitu organ yang menghasilkan sel-sel ibu spora yang diploid (sporosit). Semua ini terjadi melalui proses yang istimewa (meiosis) yang mengurngkan bilangan kromosom menjadi separuh. Hal ini pada mulanya menghasilkan empat spora haploid yang tunggal, dengan setap satu daripadanya mengandungi n kromosom yang tidak berpasangan.
  • Spora diploid tunggal bercambah, terbahagi melalui proses normal (mitosis), yang mengekalkan bilangan kromosom pada n. Hasilnya, organisma haploid multisel, yang dipanggil gametofit terbentuk (kerana pada peringkat kematangan ia menghasilkan gamet).
  • Apabila ia mencapai peringkat kematangan, gametofit menghasilkan satu atau lebih gametangia (kata tunggal: gametangium) yang merupakan organ yang menghasilkan gamet haploid. Sekurang-kurangnya salah satu jenis daripada gamet yang terhasil mempunyai beberapa mekanisme untuk mencecah gamet lain supaya dapat melakur dengannya.

Secara ringkasnya, 'selangan generasi' dalam kitaran hidup adalah pertukaran generasi antara generasi diploid (2n) sporofit dan generasi haploid (n) gametofit.

Situasi di atas adalah berlainan berbanding dalam semua jenis haiwan, bahawa proses fundamental adalah individu diploid (2n) secara langsung menghasilkan gamet haploid (n) melalui proses meiosis. Spora (yakni sel haploid yang mampu mengalami proses mitosis) tidak dihasilkan, oleh itu tiada satu pun yang merupakan organisma multisel yang haploid dalam haiwan. Gamet bersel tunggal adalah satu-satunya entiti yang haploid.

Variasi

Gambar rajah yang ditunjukkan di atas adalah gambaran yang baik kitaran hidup beberapa alga multi-selular (cthnya genus Cladophora) yang mempunyai sporofit dan gametofit dengan penampilan yang hampir serupa dan tidak mempunyai berlainan jenis spora atau gamet. [14]

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kemungkinan variasi pada unsur-unsur asas kitaran kehidupan yang mempunyai pertukaran generasi. Setiap perubahan boleh berlaku secara berasingan atau dalam kombinasi, menyebabkan pelbagai kitaran kehidupan yang mengelirukan. Istilah yang digunakan oleh ahli botani dalam menggambarkan kitaran hidup sama sekali boleh membingungkan. Seperti apa yang Bateman dan Dimichele katakan "[...] selangan generasi telah menjadi satu moras istilah; seringkalinya, satu istilah mewakili beberapa konsep atau satu konsep diwakili oleh beberapa istilah."[15]

Rujukan

WikiPedia: Selangan_generasi http://books.google.com.br/books?id=jTxfMQg38B4C&l... http://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/0037894... http://dash.harvard.edu/bitstream/handle/1/1114877... http://www.bryoecol.mtu.edu/chapters/5-9Sporophyte... http://si-pddr.si.edu/dspace/bitstream/10088/7107/... http://bibdigital.rjb.csic.es/Imagenes/P0044_S11_0... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC556298 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15809414 http://www.algaebase.org/search/genus/detail/?genu... http://archive.org/details/vergleichendeun00hofmgo...